Akibat Meruntuhkan Masjid 40 Orang Hindu Buta
Ingatkah
kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India.
Rupanya , selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku
kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini. Bacalah.
Sekitar
40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas Masjid Babry
untuk merobohkannya pada tanggal 6 Desember 1992,telah mendapat buta
setelah gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor pakar terkenal
di India.
Berita ini diketahui
melalui laporan yang dihebahkan oleh akhbar Anshary Express yang
diterbitkan di India. Akhbar itu memberitahu propaganda umat Hindu untuk
merobohkan masjid tersebut turut disertai sejumlah besar orang-orang
Hindu ekstrem dari berbagai pelusuk India. Mereka sebelumnya telah lama
mendapatkan latihan untuk tujuan itu.
Akhbar tersebut juga
menyatakan 31 orang yang buta itu tinggal di satu komplek di kota
Maharinor. Sebelumnya , mereka pernah melakukan usaha merobohkan masjid
tua milik umat Islam itu namun belum berhasil.
Sekarang setelah masjid
ini dirobohkan, kumpulan yang buta ini bergantung hidup kepada bantuan
yang diberikan organisasi-organisasi Hindu. Selain 31 orang, terdapat 9
orang lain yang merupakan anggota organisasi Gazy Boora di Atar Pradesh
turut hilangan penglihatan mereka atau buta setelah terlibat sama
merobohkan Masjid Babry.
Berdasarkan laporan
akhbar tersebut, mereka yang buta menyesali tindakan tersebut dengan
menyatakan bahwa tuhan-tuhan mereka telah murka terhadap mereka kerana
telah merobohkan Masjid Babry. Menurut mereka, kebutaan yang mereka
alami itu tidak lain adalah sebagai balasan dari tuhan-tuhan mereka itu .
Menurut klaim/wakil
mereka, salah seorang waris dari orang-orang tersebut menyebutkan, anak
lelakinya memang telah mendapatkan latihan khusus untuk turut serta
dalam tindakan merobohkan masjid itu namun ia mengaku belum mengetahui
identiti pihak yang telah melatih anak lelakinya itu.
Penduduk setempat
terutama yang berada di kawasan sekitar Masjid Babry berkeyakinan bahawa
dengan tindakan perobohan tersebut itu mereka telah melakukan dosa
besar.Sebab itulah, balasannya mereka menjadi buta.
Sekali pun kejadian ini
sudah lama, tetapi mudah-mudahan menjadi pengajaran. Kehilangan
penglihatan mereka / buta merupakan azab dari Allah ke atas
mereka.Tindakan meroboh Masjid Babry jelas sekali amat besar dosanya.
Wallahu’alam….
No comments:
Post a Comment